DI sebalik kemeriahan skuad bola sepak negara dengan panggilan 'Harimau Malaya', jumlah haiwan itu di hutan-hutan Malaysia sebenarnya semakin merosot. Harimau Malaya atau Panthera tigris jacksoni hari ini dikesan hanya sekitar 150 ekor sahaja di seluruh negara.
Angka ini menurun drastik sekali berbanding 12 tahun lalu yang merekodkan hampir 3000 ekor harimau. Ia menjadikan haiwan itu dilabelkan sebagai Spesies Terancam Tahap Kritikal di bawah Senarai Merah Spesies Terancam Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN).
Banyak faktor yang dikaitkan dengan kemerosotan itu dengan sebahagian besar daripadanya berlaku disebabkan oleh sikap manusia antaranya pembukaan kawasan baharu dan pemburuan haram. Namun, walaupun ia adalah rahsia terbuka senarionya tetap sama.
[Read More...]